fb fb fb fb fb

Kekuatan mental, fizikal penting di Tanah Suci

MADINAH, 23 Mei- Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menjadi salah seorang daripada 31,000 jemaah haji tahun ini yang selamat tiba di sini sejak Ahad lalu.

Beliau bersama isteri, Datin Seri Suhana Tahir dilihat pengamal media ketika sesi taklimat dan program pertama kendalian Tabung Haji (TH).

Mohd Uzir berkata ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapi dugaan dan cabaran.

"Dalam keadaan cuaca panas di Tanah Suci ini, kekuatan mental dan fizikal sangat penting. Saya lihat cubaan atau ujian ini, bukan lebih berat kepada kekuatan fizikal, ia perlukan kekuatan mental," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut memuji perkhidmatan diberikan TH terutama kepada jemaah warga emas dan kurang sihat.

Ia bertepatan dengan pengalaman TH sebagai salah sebuah agensi terbaik dalam menguruskan jemaah haji dalam jumlah yang ramai.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan telah didatangi wakil Jabatan Buruh Arab Saudi baru-baru ini dan difahamkan terdapat lebih 3 juta jemaah haji akan membanjiri Makkah dan Madinah pada tahun ini.


(Mohd Uzir berkata ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal dan
mental bagi menghadapi dugaan dan cabaran)

Media Baharu