fb fb fb fb fb

Kekejaman Israel ke atas Palestin, isu kemanusiaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama melihat isu keganasan Israel ke atas rakyat Palestin sebagai isu kemanusiaan.

Anwar berkata Malaysia sentiasa tegas mempertahankan perkara itu walaupun ada pihak tertentu menganggap negara terlalu lantang dalam perkara itu dan bertentangan dengan prinsip sikap berkecuali, namun soal kezaliman dan keganasan.

"Oleh itu saya ingin mengesa jangan izinkan isu ini untuk memecah belah dan memperkotak katikkan isu ini... Ia sangat dekat dengan umat Islam dan kemanusiaan.

"Kita juga lihat negara lain seperti Brazil selain dari Rusia dan China yang mengambil sikap atas prinsip kemanusiaan. Jadi saya harap kita ambil kesempatan ini untuk mendedahkan maklumat kepada rakyat," katanya ketika menjawab pertanyaan ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat di Dewan Negara berkenaan serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Anwar berkata kerajaan pendirian teguh berkenaan nasib rakyat Palestin perlu diberi keadilan yang setimpal mengikut undang-undang antarabangsa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI