fb fb fb fb fb

Kegiatan pecah rumah, tiga lelaki tempatan ditahan

BESUT, 7 Februari- Tiga lelaki warga tempatan ditahan Polis daerah Besut Bahagian Siasatan Jenayah yang dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah di Besut.

Turut dirampas pelbagai barangan hasil daripada kegiatan tersebut menerusi perlaksanaan Op Pintu.

Ketua Polis daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, tiga lelaki berusia 30 dan 40 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah sekitar Kawasan Kampung Raja dan Kuala Besut bermula Disember tahun lalu hingga awal tahun ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan rumah.

Ketiga-tiga yang ditahan juga didadapati positif dadah jenis methamphetamine.

Hasil siasatan turut mendedahkan penglibatan ketiga tiga suspek dalam lima kes pecah rumah melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM17,000.

(Barangan dirampas dalam Op Pintu)

Media Baharu