fb fb fb fb fb

Penubuhan Yayasan Kebajikan POLYCC, sasar jaga kebajikan warga dan staf

IPOH, 7 Februari- Kebajikan warga Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC) menjadi keutamaan pihak pengurusan jabatan terbabit.

Ia diterjemahkan menerusi penubuhan Yayasan Kebajikan POLYCC pada tahun ini, yang berperanan membantu dan meringankan beban warganya apabila berhadapan situasi kecemasan dan luar jangka.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Haji Mohd Zahari Ismail, POLYCC memerlukan satu badan persendirian bagi menyelaras bantuan dan membela nasib warganya.

"Sebelum ini, kita tidak pernah mempunyai medium yang khusus untuk membantu warga kita yang ditimpa musibah seperti banjir, malapetaka, kemalangan, kematian dan sebagainya.

Hasrat jabatan, adalah memastikan supaya kebajikan staf dan warga itu akan terbela," kata Mohd Zahari kepada pemberita RTM ketika menghadiri Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini.


(Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Haji Mohd Zahari Ismail)

Ujarnya, penubuhan Yayasan Kebajikan POLYCC akan mendapat sambutan yang baik dikalangan warga jabatan tersebut. Di samping memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan alumni Politeknik dan Kolej Komuniti bagi menjayakan pelaksanaan dan objektif yayasan tersebut.

Media Baharu