fb fb fb fb fb

Kedutaan Turkiye berterima kasih kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Kedutaan Turkiye di Malaysia berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) untuk melaksana misi bantuan ke Turkiye.

Kenyataan berkenaan perkara itu dibuat menerusi satu hantaran di Twitter rasmi TurkishEmbassyKL.

Turut dikongsi, beberapa gambar dan video majlis penghantaran Pasukan SMART ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

75 anggota SMART bersama kelengkapan khusus digerakkan bagi melaksana misi bantuan itu termasuk empat ekor anjing K-9.

Pasukan SMART ditugaskan melaksana operasi menyelamat di bandar bersama-sama pasukan mencari dan menyelamat Turkiye dan beberapa negara lain.

(Tangkap layar Twitter TurkishEmbassyKL)

Media Baharu