fb fb fb fb fb

Anwar gesa penjawat awam terap elemen amanah, kepercayaan angkat martabat imej negara

PUTRAJAYA, 7 Februari - Jemaah Menteri serta warga perkhidmatan awam diseru agar bekerja sebagai satu pasukan yang menerapkan elemen amanah dan kepercayaan dalam budaya kerja.

Menurut Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setiap elemen berkenaan perlu diterapkan dalam semua kalangan bukan sahaja dengan tokoh-tokoh politik negara.

Gesaan itu adalah niat yang baik dalam mengangkat martabat imej negara dalam usaha membebaskan segala ketelanjuran yang pernah berlaku dan mungkin akan berlaku.

"Imej negara, ekonomi negara ketelanjuran yang berlaku itu tidak boleh dinafikan harus ada kekuatan dan tekad baru dari semua kalangan.

"Sebab tu setiap kali perjumpaan dengan penjawat awam saya gesa kalau nak menentukan kejayaan bukan sahaja dengan tokoh-tokoh politik, mesti dengan semangat dan komitmen menyeluruh daripada penjawat awam untuk menjadikan konsep Malaysia Madani.

Saya tidak mahu kita terpukau dengan slogan," katanya pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Februari 2023 di sini hari ini.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri
dalam sesi Perhimpunan Bulanan di Putrajaya/FOTO Facebook Anwar Ibrahim)

Anwar mengakui terdapat kesungguhan dalam kerja berpasukan yang ditunjukkan Jemaah Menteri dan penjawat awam sejak beberapa bulan ini seperti dalam perihal pengurusan pekerja asing serta banjir dan penghantaran segera Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye.

“Ada keinginan baik daripada pimpinan atau penjawat awam untuk mengorak langkah dengan pantas dan bertanggungjawab,” katanya lagi.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  dan  Datuk Seri Fadillah Yusof.

Media Baharu