fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Pahang meningkat

KUANTAN, 7 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 5,021 mangsa daripada 1,489 keluarga yang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding 1,360 orang daripada 353 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana JKM, Kuantan mencatatkan jumlah penduduk paling ramai terjejas iaitu 4,775 orang di 24 PPS manakala baki 246 orang berada di empat PPS di Pekan.


(Penduduk terjejas banjir di Pahang meninggkat kepada 5,021.
Mereka ditempatkan di 28 PPS)

Sementara itu, Laman web rasmi Jabatan Saliran dan Pengairan iaitu publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan masih melebihi paras bahaya 5 meter yang ditetapkan dengan bacaan 5.94m pagi ini, namun menurun daripada 6.17m yang direkodkan malam tadi.

Sungai Keratong di Rompin merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 23.72m pagi pagi ini, berbanding 23.42m pada malam tadi.

Jabatan Meteorologi meramalkan Kuantan dan Pekan akan mengalami hujan pada hari ini.

Media Baharu