KUALA LUMPUR, 10 September- Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan dalam serangan Israel di Legtaifiya.
Menurut kenyataan kedutaan, kerajaan Qatar telah memberi jaminan bahawa keadaan kini terkawal sepenuhnya dan ruang udara negara berkenaan tidak akan ditutup.
Bagaimanapun rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dan menjauhi kawasan kejadian.
“Mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar,” menurut kenyataan di laman rasmi Facebook kedutaan.
Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi Kedutaan melalui: emel:
Media melaporkan rejim Zionis pada Selasa melancarkan serangan ke atas bangunan kediaman pemimpin Hamas ketika perunding kumpulan itu sedang membincangkan cadangan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai gencatan senjata di Gaza dan pertukaran tahanan.