fb fb fb fb fb

Kedutaan Malaysia pantau demonstrasi di Jakarta, rakyat dinasihat elak lokasi terlibat

Foto REUTERS

JAKARTA, 29 Ogos - Kedutaan Besar Malaysia di sini memantau rapi perkembangan terkini susulan beberapa siri demonstrasi di Senayan yang bermula pada 25 Ogos lepas.

Kenyataan kedutaan berkenaan menyebut, demonstrasi itu memberi kesan terhadap aliran trafik dengan penutupan beberapa lokasi, khususnya di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat.

Rakyat Malaysia yang bermastautin di Jakarta atau yang berkunjung atas urusan pelancongan atau perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa memantau perkembangan lokasi aktiviti demonstrasi melalui pengumuman pihak berkuasa dan media tempatan.

"Warganegara Malaysia juga dinasihatkan agar menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan," menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +62813 8081 3036.

MASNIZA AWANG KECHIK