fb fb fb fb fb

Kediaman Pengerusi PN jadi tumpuan media

BUKIT DAMANSARA, 21 November- Memasuki hari kedua pasca Pilihan Raya Umum ke-15, kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin terus menjadi tumpuan terutamanya pihak media untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Keadaan di kawasan kediamannya masih tenang dan tiada banyak pergerakan kenderaan malah hanya penduduk kawasan ini keluar dan masuk.

Pihak media mula berada di kawasan kediaman beliau seawal pukul 7.30 pagi tadi.

(Kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin terus menjadi tumpuan
terutamanya pihak media untuk mendapatkan perkembangan terkini)

Media Baharu