fb fb fb fb fb

Kediaman mampu milik, PM arah semak semula syarat pemaju

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Jun- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) diminta untuk meneliti semula syarat memastikan pemaju menyediakan kediaman mampu milik di setiap projek besar yang dibangunkan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata biarpun dasar terbabit sudah dipraktikkan, namun ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.

"Itu memang dasar sedia ada tetapi ia tidak berjalan dengan kelajuan dan skala yang diminta. Maka, Menteri KPKT, Nga Kor Ming perlu melihatnya semula dan meletakkan syarat baharu.

Mengapa mesti kerajaan yang dipertanggungjawabkan, sedangkan kita mempunyai pemaju yang membina kondominium besar dan itu sebahagian daripada tanggungjawab mereka, sekurang-kurangnya untuk pekerja mereka sendiri," kata Anwar kepada pemberita, hari ini di Putrajaya.


(FOTO BERNAMA)

Sementara itu, Datuk Seri Anwar menafikan dakwaan bahawa ketiadaan menteri kewangan sepenuh masa menjadi faktor kejatuhan nilai ringgit.

Penafian itu menepis dakwaan tidak berasas yang dilemparkan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Tegas Anwar, kejatuhan nilai ringgit sebaliknya dipengaruhi dasar Amerika Syarikat dan kekangan antarabangsa.

Media Baharu