fb fb fb fb fb

Pasukan khas ditubuh, selesaikan isu bekalan air di Kelantan dan Sabah

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Jun- Satu pasukan petugas khas ditubuhkan kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu bekalan air melibatkan Kelantan dan Sabah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu dicapai menerusi satu mesyuarat khas yang diadakan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pagi tadi.

Jelasnya, bekalan air di negeri Kelantan lebih serius berbanding di Sabah, malah memerlukan dana yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM8 bilion untuk pelaksanaan projek kemudahan air.

"Saya tidak putuskan persetujuannya kerana saya telah mintak perkara ini dibincangkan bersama pasukan petugas khas untuk meneliti secara tepat, apa keperluan dan syarat-syarat seperti pengurusannya, selain mementingkan ketelusan.

Apa yang penting adalah tanggungjawab kita memastikan rakyat peroleh kemudahan air bersih sesegera mungkin," kata Anwar kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18, Putrajaya.

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan itu dianggotai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Kementerian Kewangan serta kerajaan negeri Kelantan dan Sabah.

Pasukan khas itu diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan strategi penyelesaian bagi permasalahan tersebut.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media hari ini selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci
Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18, Putrajaya)

Media Baharu