fb fb fb fb fb

Kedah siap siaga kemungkinan banjir

CHANGLUN, 23 Ogos - Kerajaan Negeri Kedah kini bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan berisiko di negeri itu.

Ia berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini yang boleh menyebabkan berlakunya banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat, (JKM) sentiasa bersedia termasuk daripada aspek bantuan dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

(Halimaton ketika ditemui pemberita)

"Sebagai entiti yang menjaga kebajikan ini saya bersama-sama JKM mengarahkan semua pegawai-pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)siap sedia dengan keadaan musim sekarang, fenomena sekarang ini kita tidak boleh katakan ini lah musim tengkujuh, ini musim panas atau sebagainya. Kita lihat hujan sentiasa berlaku dan cuaca tidak menentu," kata Halimaton selepas merasmikan Road Tour Kepenggunaan anjuran Pusat Khidmat ADUN Bukit Kayu Hitam di sebuah pasaraya di sini.

Pada majlis itu, seramai 300 penduduk kurang berkemampuan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam menerima baucer keseluruhan berjumlah RM12,000 untuk membeli barangan keperluan asas terpilih.

Media Baharu