fb fb fb fb fb

Kedah perhebat program pengukuhan diri, motivasi lahir lebih ramai pelajar berkualiti

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah berkenan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Program Pengukuhan Diri dan Motivasi Murid Siri Kalendar Akademik 2023/2024 di Sik, Kedah.

SIK, 14 Disember- Program Pengukuhan Diri dan Motivasi Murid di Kedah akan diperhebat bagi melahirkan pelajar yang mengutamakan pendidikan dan dilengkapi dengan pengukuhan jati diri.
 
Program seumpama itu juga dijadikan sebagai salah satu program utama di bawah dana Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK).

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata, program dilaksanakan dengan lima objektif utama, termasuk melahirkan murid yang boleh berfikir dengan positif mengenai masa depan dan mempersiapkan diri dengan cabaran masa hadapan.

"Selain itu pengukuhan diri terhadap tingkah laku yang bermanfaat dan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan diri yang unggul. Kecemerlangan murid bukan hanya dari aspek akademik malah dilengkapi nilai sahsiah diri yang baik," katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Program Pengukuhan Diri dan Motivasi Murid Siri Kalendar Akademik 2023/2024 di Sik, Kedah.
 
Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
 
Seramai 590 orang murid melibatkan 196 buah sekolah menengah terpilih untuk menerima sentuhan modul dan aktiviti program berkenaan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI