fb fb fb fb fb

Kedah catat 422 kemalangan dengan lima kematian

(Gambar hiasan)

ALOR SETAR, 4 Mei - Penduduk Kedah termasuk perantau dinasihat meningkatkan kewaspadaan di jalan raya pada musim perayaan.

Kedah mencatatkan 422 kemalangan dengan lima kematian sepanjang tempoh Op Selamat 18, bermula 29 April lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata angka tersebut agak tinggi jika dinilai dari perspektif keselamatan, kesan sosial serta impak ditanggung individu terbabit dan keluarga.

"Rasa amat sedih dan bimbang dengan kadar kemalangan termasuk kemalangan maut yang agak tinggi termasuk di negeri ini sejak Op Selamat 18 dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 29 April lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

(Muhammad Sanusi/FOTO Facebook)

Menurut Muhammad Sanusi, beliau memahami Aidilfitri kali ini agak istimewa bagi semua setelah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jelasnya, pertambahan mendadak jumlah kenderaan di negeri ini menjadi penyebab kepada risiko peningkatan kadar kemalangan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai tidak mengabaikan prosedur operasi standard SOP walaupun diberikan kelonggaran oleh kerajaan.

Media Baharu