fb fb fb fb fb

Kebenaran pakaian sukan di sekolah akan dinilai semula

MARANG, 8 Ogos- Kebenaran pakaian sukan di sekolah melibatkan murid, guru dan anggota pelaksana di semua institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dinilai semula ekoran ketidaktentuan cuaca kini.

Bagaimanapun jelas Ketua Pengarah KPM Datuk Pkharuddin Ghazali, kebenaran sedia ada dan diikuti sejak Mei lalu masih lagi berjalan seperti biasa

Tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan KPM.

"Buat masa ini kita kekal dulu, dalam bulan Ogos ini terdapat cuti persekolahan dan masa itu kita akan membuat penilaian.

"Masa ini banyak aktiviti di sekolah bersifat sukan. Kita sedang sediakan mereka (murid) untuk sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Jadi kalau mereka memakai pakaian sukan, dia dah jadi dua dalam satu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Kecemerlangan Pendidikan Islam 2023 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di sini.

Sebelum ini, KPM memberi kebenaran khas untuk warga pendidik dan juga murid untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
 
Selain memaklumkan pemakaian tali leher juga tidak di wajib bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.


(Foto BERNAMA)
 

Media Baharu