fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan Kuala Kubu Bharu: Pemadaman capai 80 peratus

Kepulan asap kelihatan di kawasan kebakaran hutan Kuala Kubu Bharu

HULU SELANGOR, 23 Julai – Usaha memadam kebakaran hutan di Jalan Genting, Kuala Kubu Bharu telah mencapai 80 peratus.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Kanan Bomba II Mustakim Rimon berkata, operasi dibantu unit udara JBPM bagi melaksanakan pengeboman air.

“Teknik pemadaman yang kita gunakan ialah 'direct attack' menggunakan 'jet shooter' dan 'fire beater', selain sokongan 'water bombing' oleh bahagian udara JBPM.

Cabaran utama ialah tiada sumber air kerana kawasan ini hutan dan berbukit. Keadaan panas berangin juga membuatkan api merebak cepat hingga menjangkau kira-kira 60 ekar,” katanya kepada media.

Beliau menjelaskan, operasi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu serta balai berhampiran yang digerakkan 24 jam.

Operasi di udara akan diteruskan esok pagi untuk memastikan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN