fb fb fb fb fb

Kebakaran di Sungai Petani, enam unit rumah kedai musnah

Foto Ihsan JBPM

SUNGAI PETANI, 8 April- Enam unit rumah kedai dua tingkat musnah dalam satu kebakaran yang berlaku malam tadi.
 
Kejadian berlaku di hadapan Masjid Makmur, Jalan Besar Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada talian MERS 999 memaklumkan berkaitan kebakaran tersebut pada pukul 9.51 malam.
 
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah kemudian mengarahkan jentera dari BBP Sungai Petani dan BBP Amanjaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan ke lokasi kejadian.
 
Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan enam unit rumah kedai dua tingkat berkeluasan 20X40 kaki persegi.
 
Pihaknya menggunakan beberapa peralatan bagi memadam kebakaran.
 
Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.15 malam dan 80 peratus struktur bangunan musnah.
 
Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
 
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM