fb fb fb fb fb

Kebajikan kaum India tidak pernah dipinggirkan- PM

FOTO BERNAMA

SHAH ALAM, 14 April- Kebajikan kaum India tidak pernah dipinggirkan, malah Kerajaan Perpaduan telah merangka pelbagai program bagi membantu memajukan kaum itu.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berkata setiap program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan bersifat universal dan meliputi kepentingan seluruh rakyat.

Beliau menegaskan ia bersesuaian dengan hasrat di sebalik konsep Malaysia Madani.

Katanya, menoktahkan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang adalah salah satu kejayaan kerajaan tanpa meminggirkan mana-mana kaum, termasuk komuniti India.

"Saya tidak pernah bertolak ansur, apa isunya, apa keutamaan saya. Saya tidak peduli sama ada dia tauke Melayu, tauke Cina atau tauke India berjaya atau tidak, saya peduli kepada majoriti yang berada di bawah.

"Sebab itu saya kata yang pertama noktahkan kemiskinan dan kebetulan daripada segi jumlah orang Melayu, tapi dari segi nisbah di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang paling banyak mendapat manfaat ialah masyarakat India, saya tidak lihat dari segi kaum kalau mereka miskin tegar, mereka harus dibantu,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa ke-5 dan Sambutan Hari Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 tahun serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam, Selangor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE