fb fb fb fb fb

KDW sasar liputan bekalan elektrik capai 99 peratus menjelang 2025

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 2 Mac-Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KDW) capaian bekalan elektrik di Sabah mencapai 99% menjelang akhir 2025

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata ketika ini,empat projek Sistem Solar Hibrid dilaksanakan di Pulau-Pulau serta kawasan pendalaman di negeri berkenaan

Tambahnya lagi, tiga daripada projek berkenaan telah siap sepenuhnya manakala satu lagi projek dalam fasa pelaksanaan.

"Pada masa ini terdapat satu projek pembekalan elektrik melalui kaedah Solar Hibrid sedang dilaksanakan melibatkan Pulau Balang Bagan, Pulau Malawali. Bagi Pulau Bangi, projek telah siap dilaksanakan telah diserahkan kepada SESB bagi tujuan operasi dan selanggara", ujarnya.

KDW katanya komited bagi bekerjasama dengan kerajaan Sabah dalam dalam meningkatkan capaian bekalan elektrik di
negeri berkenaan.

"Kementerian masih menyalurkan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan daripada segi penggantian bateri. Kementerian juga turut melulukan peruntukan bagi melaksanakan pembinaan pencawang bagi disambungkan ke Pulau Bangi", kata Rubiah ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.

Sehingga tahun lalu, liputan elektrik di Sabah telah mencapai 96 peratus.


(Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang/Foto RTM)

Media Baharu