fb fb fb fb fb

Karnival Halal Malaysia-Thailand bantu usahawan tempatan tembusi pasaran antarabangsa

(Saran Shah Ganasen ketika ditemui RTM di tapak karnival)

PUCHONG, 16 Mei - Penglibatan usahawan tempatan dalam Karnival Makananan Halal Antarabangsa Malaysia-Thailand, boleh membantu perniagaan usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

Malah, ia juga mampu memberikan impak positif kepada aspek pertumbuhan ekonomi negara terutamanya minat pelabur dari luar negara dalam industri pemakanan.

Jelas Penganjur Karnival, Saran Shah Ganasen minat usahawan tempatan dalam menyertai karnival makanan antarabangsa tersebut boleh dilihat menerusi jumlah penyertaan yang cukup memberangsangkan.

"Kita punya Karnival Makananan Halal Antarabangsa Malaysia-Thailand ini ada 40 khemah, termasuk peniaga tempatan lebih kurang dalam 70% dan 30% daripada negara jiran kita, Thailand.

"Kita dapat sambutan yang baik sebab dua setengah tahun PKP, baru first event kita adakan bertujuan memulihkan ekonomi negara," katanya kepada RTM.

(Sebahagian peniaga yang menyertai Karnival Makananan Halal Antarabangsa Malaysia-Thailand)

Karnival tersebut telah bermula 13 Mei lalu dan dijangka berakhir pada 23 Mei 2022.

Pelbagai jenis makanan tradisional Malaysia dan Thailand dijual kepada orang ramai.

Dijangka lebih 100,000 pengunjung termasuk pelancong asing akan hadir ke karnival berkenaan yang diadakan di Lutos, Puchong, Selangor.

Media Baharu