fb fb fb fb fb

Kapal misi GSF kini hampiri Gaza, masuki zon berisiko tinggi

Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada kurang daripada 160 batu nautika (296 kilometer) dari wilayah Gaza dan akan memasuki zon berisiko tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Oktober -Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini terus berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya.

Sumud Nusantara dalam satu kenyataan memaklumkan, kapal-kapal mereka kini berada kurang daripada 160 batu nautika (296 kilometer) dari wilayah Gaza dan akan memasuki zon berisiko tinggi pada malam ini.

"Kami berada kurang daripada 160 batu nautika dari Gaza, 10 batu nautika dari zon berisiko tinggi, kekal berjaga-jaga", menurut kenyataan itu.

Sementara itu, penganjur GSF mengeluarkan amaran kepada masyarakat antarabangsa mengenai keselamatan flotila kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Gaza, sambil menegaskan bahawa pemantauan dan tekanan global amat diperlukan bagi menjamin keselamatan misi tersebut.

Aktivis dari seluruh dunia kini bersiap sedia untuk melancarkan mobilisasi besar-besaran sebagai tanda solidariti, serta menuntut laluan selamat bagi flotila yang membawa bantuan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa ke wilayah yang dikenakan sekatan Israel sejak sekian lama.

"Sebarang serangan terhadap flotila merupakan satu serangan terhadap Palestin dan menyeru penyokong di seluruh dunia agar menyebarkan mesej ini, menyertai tindakan bersama, serta menentang genosid yang sedang berlaku di Gaza," kata kenyataan itu lagi.

TETITIA YUSOFF