fb fb fb fb fb

Kanak-kanak nyaris lemas di Pantai Penunjuk

(Tangkap layar FB Sam Angler)

KEMAMAN, 17 Disember- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun nyaris maut dihanyutkan ombak besar ketika mandi-manda bersama keluarganya di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa dilihat terkapai-kapai meminta tolong selepas dipukul ombak, namun berjaya diselamatkan oleh ahli keluarga dan pengunjung di pantai berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Sabari Taib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.44 petang.

"Difahamkan, keluarga yang berasal dari Bandar Seri Bandi, Kijal datang ke pantai tersebut untuk berkelah.

"Ketika bomba tiba di lokasi, mangsa telah diselamatkan," katanya di sini.

Sabari memberitahu, keluarga mangsa telah membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 53 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan nyaris lemas dan melambai tangan meminta tolong ketika dihanyutkan ombak.

(Tangkap layar FB Sam Angler)

Media Baharu