fb fb fb fb fb

Kanak-kanak autisme hilang ditemukan meninggal dunia

(Foto Bomba Sarawak)

BAU, 15 April- Seorang kanak-kanak lelaki 'autisme' yang dilaporkan hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang di sini semalam ditemukan meninggal dunia.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat, Andrine Johnnes Anne, tujuh tahun, ditemukan di kawasan sungai kampung tersebut tengah hari tadi.

"Mangsa yang masih berpakaian ditemukan terapung di sungai berkenaan kira-kira pukul 12.15 minit tengah hari.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan.

Laporan kehilangan kanak-kanak tersebut dibuat bapa mangsa malam tadi, selepas usaha mencari mangsa yang disedari hilang kira-kira pukul 2.30 petang semalam dilakukan keluarga dan penduduk kampung tidak berjaya.


(Foto Bomba Sarawak)

Media Baharu