fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Vishu

(Foto fail Bernama)

KUALA LUMPUR, 15 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar masyarakat berkenaan dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

"Selamat Menyambut Vishu. Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Malayalee di Malaysia," tulis catatan itu.

Vishu yang disambut hari ini menandakan hari pertama Zodiak Tahun Baharu dalam kalendar masyarakat Malayalee, hari pertama bagi bulan dipanggil Medam.

(Catatan di Facebook Istana Negara)

Media Baharu