fb fb fb fb fb

Aidilfitri, rancang perjalanan sebelum balik kampung

(Foto BERNAMA)

KUANTAN, 15 April- Lebih 3 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) pada cuti perayaan Aidilfitri ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata jumlah trafik ke Pantai Timur dijangka mengalami peningkatan bermula Rabu hingga Jumaat ini.

"Kesesakan lalu lintas menghala ke ibu negara dijangka bermula 24 April dan 30 April sehingga 1 Mei.

"Pengguna diharap merancang perjalanan di musim perayaan  ini, sebelum tiba di kampung halaman untuk mengelakkan kesesakan.

"Cadangan Jadual Perjalanan akan dikeluarkan di laman sosial ANIH Berhad sebagai rujukan pengguna, selain edaran boleh didapati di Plaza Tol Gombak, Karak dan Bentong, esok," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, bagi mengurangkan kesesakan, ANIH Berhad turut menambah sehingga 30 peratus bilangan kakitangan sokongan di plaza tol, selain tambahan 20 peratus bagi pasukan rondaan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu