fb fb fb fb fb

Gerakan koperasi boleh bantu atasi masalah kemiskinan

PETALING JAYA, 15 April- Penubuhan Coop Mart oleh koperasi di peringkat komuniti dapat membantu mengurangkan beban rakyat, khususya golongan berpendapatan rendah.

Malah, ia mampu menjana pendapatan tambahan ahli koperasi menerusi pulangan hasil keuntungan dalam bentuk pembahagian syer pelaburan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick percaya gerakan koperasi boleh memainkan peranan yang signifikan dalam membantu golongan rentan di kawasan perbandaran dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Gerakan koperasi merupakan satu daripada banyak pendekatan yang boleh membantu menoktahkan kemiskinan, kerana selain ahli-ahli itu menikmati harga barangan lebih rendah pada masa sama mereka boleh belajar untuk berniada dan berkeusahawanan, seterusnya boleh menikmati dividen misalnya kepda keuntungan yang dijana oleh koperasi mereka," katanya.

(Datuk Ewon Benedick)

Beliau ditemui selepas merasmikan Coop Mart Koperasi LS 2 Selangor Berhad, di Perumahan Rakyat Lembah Subang 2, di sini.

Pada majlis itu, turut disampaikan geran Bantuan Pembangunan Koperasi berjumlah RM100,000.

Setakat Disember 2022, sebanyak 2,581 buah koperasi mempunyai Coop Mart telah didaftarkan dengan nilai perolehan RM820 juta setahun.

Media Baharu