fb fb fb fb fb

Kampung Tersang, Rantau Panjang dilanda banjir

(Foto/APM Rantau Panjang)

RANTAU PANJANG, 6 Februari- Kampung Tersang, di sini sekali lagi dilanda banjir apabila paras air Sungai Lancang melimpah selepas hujan lebat, kelmarin.

Keadaan itu memaksa 28 penduduk daripada enam keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Deh.

Selain Kampung Tersang, turut terjejas, Kampung Padang Licin dan Lanchang.

Sementara itu, portal public info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi tahap amaran.

Bagaimanapun, paras air menunjukkan trend penurunan setakat 11.00 pagi tadi.

(Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi tahap amaran,
bagaimanapun menunjukkan trend penurunan setakat 11.00 pagi tadi/Foto APM)

Media Baharu