fb fb fb fb fb

Kamera badan: Cuepacs sambut baik, saran kaji nilai tambah sebelum dilaksana





KUALA LUMPUR, 14 Februari- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah melaksanakan penggunaan kamera badan kepada pegawai penguatkuasa seperti polis, Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ), Kastam dan Jabatan Imigresen

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, penggunaan kamera badan berkenaan mampu meningkatkan lagi kepercayaan masyarakat awam kepada perkhidmatan penguatkuasaan oleh agensi kerajaan.

“Selain menyelesaikan isu integriti, ia juga boleh melindungi anggota penguat kuasa daripada menjadi mangsa penganiayaan apabila dituduh tanpa sebarang bukti yang kukuh

“Tambahan pula zaman media sosial membolehkan orang ramai merekod video dan menyebarkan tanpa mendapatkan pengesahan kebenarannya terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Adnan lagi, melalui penggunaan kamera badan ini ia sedikit sebanyak melindungi anggota penguat kuasa daripada tuduhan bersifat berat sebelah atau bukti daripada sebelah pihak sahaja.

“Selain itu, penggunaan kamera badan juga boleh memaparkan aspek positif dalam tugasan yang dilakukan sekali gus meningkatkan keyakinan awam,” tegasnya.

Beliau berkata, tiada lagi isu yang boleh dijadikan alasan oleh orang awam untuk menafikan apa jua tindakan mereka yang bertentangan undang-undang negara.

"Dengan adanya media sosial yang membolehkan orang ramai merakam video dan menyebarkannya tanpa sebarang pihak yang boleh mengesahkan kesahihannya.

"Selain mengatasi isu integriti, ia juga boleh melindungi anggota penguatkuasa daripada menjadi mangsa penganiayaan apabila dituduh tanpa sebarang bukti yang kukuh," katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Adnan mahu kajian secara terperinci dilakukan sebelum penggunaan kamera badan dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan terlibat.

Adnan berkata langkah itu perlu agar pelaksanaan berkenaan memberikan nilai tambah yang tinggi dalam penggunaannya.

Menurutnya, Cuepacs juga memohon supaya penggunaan kamera badan yang dibekalkan hendaklah berkualiti tinggi, ringan dan bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) yang efektif supaya pegawai dan anggota yang menggunakan lebih selesa dan membantu mencapai objektif yang ditetapkan.

“Cuepacs mencadangkan kamera badan digunakan dibuat kajian keberkesanannya terlebih dahulu untuk suatu tempoh yang sesuai, sebelum diperluaskan kepada semua pegawai dan anggota terlibat bagi memastikan penggunaannya memberikan impak tertinggi kepada peningkatan Integriti dan reputasi agensi penguatkuasaan berkenaan,”

Malah katanya, langkah melaksanakan penggunaan kamera badan kepada pegawai penguat kuasa seperti polis, Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ), Kastam dan Jabatan Imigresen mampu meningkatkan lagi kepercayaan masyarakat awam kepada perkhidmatan penguatkuasaan oleh agensi kerajaan.

“Selain menyelesaikan isu integriti, ia juga boleh melindungi anggota penguat kuasa daripada menjadi mangsa penganiayaan apabila dituduh tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Dengan wujudnya media sosial membolehkan orang ramai merakam video dan menyebarkannya tanpa sebarang pihak yang boleh mengesahkan kebenarannya," katanya.

Sebelum ini pemasangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumumkan akan melaksanakan pemasangan kamera badan melibatkan anggota dan penguat kuasa pada Jun tahun ini.

Media Baharu