fb fb fb fb fb

Kakitangan KKM digalak teroka tatacara, proses lebih cekap berinovasi

PUTRAJAYA, 31 Oktober- Semua kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) digalak meneroka tatacara dan proses lebih cekap dan berinovasi bagi memberi perkhidmatan yang menepati peredaran masa dan kehendak rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata warga KKM tidak seharusnya mengekalkan proses lama hanya semata-mata kerana mereka sudah biasa menggunakannya.

Pengurusan tertinggi, ketua perkhidmatan dan jabatan disarankan supaya terus menggalakkan pegawai masing-masing menghasilkan produk atau perkhidmatan yang inovatif.

"Saya berpandangan bahawa satu proses atau satu pendekatan itu dapat dipercepat, boleh dilakukan lebih cekap melalui inovasi ataupun aliran kerja baharu, tidak ada proses yang menjadi 'lembu suci' yang tak boleh kita ganti dengan proses lain.

"Proses bukan 'kitab suci', proses kita adalah yang boleh kita proses bila-bila waktu kalau didapati tidak menepati peredaran zaman dan kehendak pelanggan kita iaitu rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2022 di sini.

(Khairy berkata Kakitangan KKM digalak teroka tatacara, proses lebih cekap berinovasi)

Media Baharu