fb fb fb fb fb

Kakitangan awam Kedah terima bantuan kewangan RM1,500

ALOR SETAR, 30 Oktober- Kerajan Negeri Kedah meluluskan pemberian bantuan khas RM1,500 kepada kakitangan awam dan anggota pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan khas itu melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember nanti.

Sementara itu, semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah gred 56 ke bawah akan menerima kenaikan gaji RM100 secara 'one-off' setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor / FOTO BERNAMA

Peruntukan Dasar Baru yang diluluskan untuk perkara berkenaan adalah RM622 ribu.

Perkara itu diumum Menteri Besar ketika pembentangan Bajet 2023 Kedah pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Media Baharu