BERA, 30 Oktober- Kenaikan Insentif pengeluaran Getah (IPG) perlu diteliti semula bagi meningkatkan pendapatan dan menjaga kepentingan pekebun kecil getah di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata IPG yang diperkenalkan kerajaan amat signifikan membantu pekebun kecil getah berhadapan harga komoditi itu yang yang tidak menentu.
Justeru Datuk Seri Ismail Sabri berkata kenaikan IPG itu akan diteliti semula sekiranya kembali menerajui selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tambah beliau permohonan meningkatkan paras RM2.50 sekilogram seperti dtetapkan sebelum ini juga telah diadakan dengan Menteri Kewangan.
Beliau berucap merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di Padang Awam Kampung Batu Papan, di sini.