fb fb fb fb fb

Kaedah tambah baik subsidi bersasar dilaksana berterusan

(Pemberian susbidi bersasar bil elektrik antara langkah dilaksana kerajaan)

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Langkah meneruskan pemberian susbidi dan bantuan, berjaya mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan bagaimanapun perlu terus menambah baik kaedah pelaksanaan bagi mengurangkan ketirisan.

Antara langkah yang diambil adalah melalui pemberian susbidi bersasar bil elektrik.

"Sekarang ini ia sudah dilaksanakan dan kita jimat wang kerajan, wang rakyat RM4.1 bilion dengan mengadakan subsidi bersasar elektrik.

"Bagi mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kerajaan sedang meneroka langkah penambahbaikan pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan dan mengopitimumkan perbelanjaan kepada program dan projek yang memberi nilai tambah kepada rakyat dan ekonomi negara," katanya.

(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)

Beliau menjawab soalan yang dikemukan wakil Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Ahmad Maslan turut memaklumkan satu pasukan petugas khas telah diwujudkan bawah Kementerian Kewangan bagi meneliti keperluan dan kebolehlaksanaan subsidi secara bersasar.

Serta mengenal pasti kaedah lebih berkesan yang mampu memberikan implikasi kewangan paling minimum kepada kerajaan.

Media Baharu