fb fb fb fb fb

GFSI: Malaysia berada di kedudukan ke-41

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Berdasarkan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) yang dikeluarkan oleh Economist Impact (EI), Malaysia berada di kedudukan ke-41 dengan skor 69.9.

Dalam kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-8, dan ke-2 dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kedudukan tersebut akan meningkatkan tahap keterjaminan makanan negara dan kedudukan Malaysia dalam GFSI bagi memastikan sistem makanan negara terus kekal rentan dalam pelbagai keadaan.

"Dalam hal ini, pelbagai langkah telah diambil antaranya menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju dan cadangan penyelasaian ke atas isu berkaitan sekuriti makanan.

"Memandangkan empat kategori GFSI-Affordability, Availability, Quality & Safety serta Sustainability & Adaptation, ianya melangkaui bidang kuasa mana-mana satu kementerian, Jawatankuasa Kabinet ini, yang merupakan kerangka rentas kementerian.

Ianya menjadi platform yang tepat bagi Kerajaan Perpaduan menyusun strategi dan menggerakkan usaha bagi menambah baik prestasi negara," katanya.

(Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin)

Tambahnya lagi, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus secara berkala dengan kementerian serta agensi yang bertanggungjawab terhadap empat dimensi sekuriti makanan yang dinilai bagi memperbaiki skor GFSI.

Sesi libat urus juga akan diadakan dengan pelbagai organisasi antarabangsa yang menjadi sumber rujukan maklumat dan data GFSI bagi memahami kaedah penilaian yang dilaksanakan serta memberi penjelasan mengenai situasi sebenar negara.

Chan Foong Hin menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Media Baharu