fb fb fb fb fb

Guru di Kelantan penerima pertama Skim Emas

KOTA BHARU, 27 Mac - Balu kepada arwah seorang guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek , Gua Musang, Kelantan, Rosmaini Latif adalah penerima pertama manfaat Skim Emas yang dilaksanakan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Rosmaini berkata arwah suaminya, Zainudin Ismail, yang hanya mencarum RM35 sebulan bermula tahun lalu layak menerima wang sebanyak RM52,000.

Dia tidak menyangka dengan penyertaan ahli yang baru tahun lepas menjadikannya layak menerima manfaat dengan jumlah yang banyak.

"Saya rasa sangat terharu apabila mendapat sumbangan khairat kematian yang diberikan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad, cuma harapan saya agar ramai lagi guru-guru yang akan menyertai yayasan guru di Malaysia ini," kata Rosmaini, di sini.

(RosmainiĀ ditemui pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Yayasan Guru Malaysia Berhad
di sebuah hotel di Kota Bharu, semalam)

Pada majlis itu, Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Munadi Wan Mamat menyerahkan replika cek berjumlah lebih RM52 ,000 kepada Rosmaini yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkong, Pasir Mas.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Kelantan Mohd Zamri Abdul Aziz dan Pengerusi YGMB, Aminudin Adam.

"Hampir RM200,000 telah diserahkan kepada ahli di Kelantan melibatkan beberapa manfaat termasuk khairat kematian, bencana, penyakit kritikal," Menurut Wan Munadi.

Media Baharu