fb fb fb fb fb

KPM tumpu agenda sekolah daif

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Kementerian Pendidikan, KPM telah melaksanakan penetapan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah yang daif berdasarkan analisis skor gred impak bagi menentukan tahap keadaan komponen fizikal atau fasiliti bangunan di sekolah.

Skor gred impak ini mempunyai tujuh tahap skala, merujuk kepada keadaan bangunan yang masih berfungsi dan selamat digunakan.

"Skala satu hingga skala empat merujuk kepada keadaan bangunan yang masih berfungsi dan selamat digunakan. Manakala, skala lima adalah bangunan yang dilaporkan oleh pihak sekolah sebagai tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan. Jabatan pendidikan negeri (JPN) hendaklah memohon peruntukan penyelenggaraan tersebut secara berkala mengikut keperluan.

"Skala enam pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal pejabat pendidikan daerah (PPD) atau jabatan pendidikan negeri (JPN). Sementara skala tujuh merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan syor roboh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR)," jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

Tambahnya lagi, agenda berkaitan pembangunan sekolah daif menjadi salah satu daripada Tujuh Teras Utama KPM dan akan memberi keutamaan dalam usaha menangani sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara.

Lim Hui Ying menjawab pertanyaan ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu