fb fb fb fb fb

Kaedah BNPL berisiko tingkat kadar inflasi

Foto hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Kaedah Beli Dulu, Bayar Kemudian (BNPL) membolehkan pengguna membeli barang dengan pembayaran secara ansuran tanpa faedah.

Namun, Pakar Perunding Kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir memberi amaran, trend ini boleh menyumbang kepada kadar inflasi lebih tinggi.

Jelasnya, trend itu semakin popular dalam kalangan pengguna.

"Apabila lebihan duit dalam pasaran, BNPL membuatkan ada lebihan, rakyat tidak mampu, rakyat tidak ada duit. Sekarang ini kita ada duit RM7,100 juta, kalau kita jual, kita jual satu produk setengah jam dah laku, alamak baik aku naikkan harga", katanya.

"Salah satu yang kerajaan perlu buat untuk menghalang inflasi ini, BNPL memang tidak perlu. Bagi saya perlu dihentikan sebab majoriti rakyat belum pandai berbelanja ikut kemampuan, kita banyak biar papa asal bergaya, kita tengok raya ini, ada orang sanggup berhutang.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.

ROSLINA BINTI DIN