ALOR SETAR, 21 Mei - Kadar kehadiran pengunjung ke Perpustakaan Awam di Kedah masih rendah iaitu 300 pengunjung sehari berbanding 1,000 pengunjung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan PKP dikuatkuasakan susulan penularan COVID-19 pada Mac 2020.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Shahizan Affandi Zakaria berkata pihaknya telah mengatur pelbagai program di 12 perpustakaan awam seluruh negeri dan 92 perpustakaan desa bertujuan untuk menarik pengunjung hadir ke perpustakaan selain menarik minat membaca pelbagai peringkat umur.
"Program-program yang dilaksanakan dipelbagai peringkat.Kita ada permainan, program bahasa ,kesenian dan untuk jangka masa terdekat ini akan adakan Festival Kesusasteraan dan Seni Kanak-Kanak.
"Jadi, program kita merangkumi semua dan kita adakan aktivit dan dijemput penceramah-penceramah lebih kepada kepada kanak-kanak", katanya yang ditemui RTM elepas merasmikan program Apresiasi dan Bicara Ilmuan Darul Aman termasuk melancarkan buku ilmuan Kejuruteraan Awam Darul Aman di sini.
Tambahnya sempena cuti persekolahan pada minggu hadapan, pelbagai program diatur dengan menyasarkan peningkatan kehadiran pengunjung.