fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 4 November - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM63.22 bilion dalam sistem konvensional dan RM46.13 bilion dalam dana Islam.

(FOTO HIASAN)

Hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan empat tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada dua tender RM4 bilion, masing-masing untuk tujuh dan 14 hari serta dua tender RM3 bilion bertempoh 21 dan 31 hari.

Selain itu, BNM turut menawarkan tender Qard melibatkan nilai RM2.2 bilion selama tujuh hari, tender RM1.65 bilion untuk jangka masa 14 hari dan tender RM2.35 bilion bagi tempoh 21 hari, serta tender program Murabahah komoditi RM200 juta untuk 31 hari.

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM48.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM38.7 bilion.-BERNAMA

Media Baharu