fb fb fb fb fb

ANGKASA rancang buka 200 rangkaian Coop Farmasi menjelang 2025

PETALING JAYA, 4 November - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) merancang untuk membuka 200 rangkaian penjagaan diri dan kesihatan, Coop Farmasi menjelang tahun 2025.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata ia bermatlamat untuk menjadikan Angkasa antara saluran yang berjaya menguasai industri farmasi negara.

(Presiden ANGKASA, Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah)

“Kita hendak libatkan sebanyak mungkin koperasi yang terlibat dalam bidang farmasi...kita akan membantu. Apa yang dibantu oleh Angkasa ialah penjenamaan kita dan dari segi pembekalan ubat-ubatan, kita akan beli secara pukal sebagai strategi mengurangkan harga," katanya selepas majlis memeterai perjanjian dengan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra), di sini.

Tambah Fatah, Coop Farmasi kini dalam peringkat awal mengguna pakai kemudahan sistem digitalisasi kesihatan dimana pesakit boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan secara dalam talian.

Media Baharu