fb fb fb fb fb

Lapan calon PN Terengganu diumum, enam penyandang Parlimen masing-masing

MARANG, 4 November- Lapan calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu diumumkan malam tadi oleh Pengerusi PN Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu.

Enam daripadanya merupakan penyandang di Parlimen masing-masing.

Lima calon adalah penyandang parti PAS, termasuk Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, Parlimen Kuala Terengganu; Shaharizukirnain Abd Kadir, Parlimen Setiu; Wan Mohd Hasan Mohd Ramli,Parlimen Dungun dan Che Alias Hamid, Parlimen Kemaman.

(Tan Sri Abdul Hadi Awang)

Dua calon baharu mewakili PN ialah Datuk Che Mohd Zulkifly Jusoh di Parlimen Besut dan Dr.Alias Razak di Parlimen Kuala Nerus.

Satu-satunya calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ialah Datuk Rosol Wahid yang merupakan penyandang di Parlimen Hulu Terengganu .

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib juga diumum akan mempertahankan Parlimen Maran sebagai calon PN.

Media Baharu