fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. 

Mudah tunai diunjur berjumlah RM43.89 bilion dalam sistem konvensional dan RM34.26 bilion dalam dana Islam.

Hari ini bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion bagi wang lapan hari dan RM500 juta setiap satu bagi 14 hari dan 29 hari.

Ia akan menawarkan tiga tender Qard bernilai RM800 juta bagi lapan hari, RM1.6 bilion bagi 14 hari dan RM300 juta bagi 21 hari.

(Foto fail)

BNM juga akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM100 juta bagi 29 hari dan RM1.5 bilion bagi 59 hari, program Murabahah Komoditi bernilai RM200 juta bagi 31 hari dan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) bernilai RM500 juta bagi 90 hari. 

Pada 4 petang, BNM akan menawarkanRM42.5 billon bagi tender semalaman konvensional dan RM30.4 bilion bagi tender semalalam Murabahah.- BERNAMA

Media Baharu