fb fb fb fb fb

Juruteknik maut terjatuh dari ketinggian 40 meter

Foto Polis

LANGKAWI, 3 Oktober- Seorang juruteknik penyelenggaran dek kaca Eagle Nest iaitu produk pelancongan di Gunung Matchinchang Langkawi maut apabila terjatuh ke lereng gunung berkenaan.

Mangsa, Khairul Nizam Jaafar 41 tahun yang baru sahaja bekerja selama tiga bulan dipercayai terjatuh dari ketinggian lebih kurang 40 meter ketika melakukan kerja pembaikan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Langkawi, ACP Shariman Ashaari dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima makluman daripada penyelia operasi dek kaca kira- kira pukul 12.25 tengah hari.

Beliau berkata, pihaknya bersama anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi membuat pencarian mangsa dan mangsa berjaya dibawa naik ke stesen tengah oleh pihak bomba pada pukul 5.11 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dilokasi kejadian dan dibawa turun menggunakan kereta kabel untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha bagi proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (Sudden Death Report).

ROSLINA BINTI DIN