fb fb fb fb fb

30 peratus pemohonan nikah warga Malaysia di Thailand ditolak - Konsul

TRANG, 8 Oktober- Rakyat Malaysia yang ingin bernikah di Thailand khususnya beragama Islam perlu memastikan jurunikah adalah ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Thailand, selain turut menyediakan dokumen mencukupi dan sah.

Kesemua itu bagi mengelakkan permohonan pengesahan pernikahan pasangan bakal berkahwin daripada ditolak Pejabat Konsulat General Malaysia di Songkhla. 

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, setiap hari pihaknya menerima 60 hingga 80 permohonan pengesahan pernikahan warga Malaysia. 

Bagaimanapun, hampir 30 peratus daripada permohonan berkenaan terpaksa ditolak kerana tidak menepati syarat.

"Perlu bagi pasangan itu berwaspada, berhati hati dan mengambil tahu jurunikah yang menikahkan mereka adakah betul-betul bertauliah dengan majlis agama atau tidak?

"Sekiranya jurunikah yang menikahkan itu tiada tauliah daripada majlis agama tempatan di Thailand, maka penikahan itu akan dianggap tidak sah di pihak majlis agama Islam di Thailand, mahupun majlis agama Islam di Malaysia," katanya kepada pemberita pada sebuah majlis di sini.

Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia yang melawat Thailand supaya berhati-hati memandangkan Thailand pada Oktober dan November adalah musim hujan.

(Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi)

Media Baharu