fb fb fb fb fb

Jumlah pesakit buah pinggang kronik semakin meningkat

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Negara kini berdepan peningkatan pesakit penyakit buah pinggang kronik, manakala jumlah individu yang berikrar sebagai penderma organ juga semakin berkurangan, malah Malaysia antara yang terendah di dunia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pada 2016, lebih 40,000 pesakit penyakit buah pinggang kronik yang bergantung kepada rawatan dialisis, dan berdasarkan unjuran sekiranya tren ini tidak dikurangkan, jumlah pesakit itu dijangka meningkat kepada 100,000 pesakit.

“Saya akan cuba yang terbaik bagi dapatkan ikrar dan menjadikan ia lebih mudah untuk orang ramai ikrar untuk dermakan organ mereka.

"Saya sedang cuba untuk MySejahtera menambah ‘butang’ supaya hanya dengan menekan butang tersebut dan berikrar menjadi menderma organ,” katanya.

(Persidangan Dialisis Tahunan kali ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsan NKF dirasmikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

 

Tambah Khairy, langkah pencegahan dan pengesanan penyakit kronik menerusi saringan kesihatan juga perlu dibudayakan, oleh itu kerajaan telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi membantu golongan itu membuat saringan kesihatan secara percuma.

Namun, beliau berkata daripada 5 juta individu yang layak menjalani saringan kesihatan di bawah PeKa B40, kurang 12% individu telah membuat saringan kesihatan.

Sementara itu beliau berkata Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan apa-apa arahan atau syarat untuk pihak berkuasa tempatan (PBT), meletakkan syarat kepada peniaga pasar malam agar mendapatkan dos penggalak untuk menjalankan perniagaan.

“Ini bukan (bidang kuasa) KKM, KKM beri nasihat tetapi nasihat kita bukanlah sampai nak pergi pasar memerlukan booster, itu keputusan yang mesti ditanya pada PBT,” katanya ketika ditanya mengenai keputusan sebuah PBT meletakkan syarat sebagai keperluan bagi peniaga pasar malam.

(Khairy menyampaikan ucapan merasmikan Persidangan Dialisis Tahunan kali ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsan NKF)

 

Media Baharu