fb fb fb fb fb

Antiviral bagi rawatan COVID-19, Paxloid dijangka diterima dua minggu lagi - Khairy

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Ubat antiviral bagi rawatan COVID-19 Paxlovid keluaran Pfizer, dijangka akan mula diterima dalam tempoh dua minggu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jmaluddin berkata bagi perolehan fasa pertama antiviral itu, Malaysia telah membeli ubat tersebut untuk 110,000 pesakit, bagi diberikan kepada individu berisiko tinggi.

(Khairy berucap ketika melancarkan Persidangan Dialisis Tahunan kali ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsan NKF)

 

“Kalau kita dapati penggunaan ubat ini berkesan seperti maklumat yang telah kita terima, kita akan tambah pembelian ubat ini, Paxlovid daripada Pfizer.

“Ada dua lagi yang kita akan beli iaitu Molnupiravir dan satu lagi daripada AstraZeneca, tetapi belum dimuktamadkan,” katanya.

Khairy mencadangkan satu ciri baharu di aplikasi MySejahtera, yang membolehkan orang ramai berikrar untuk menjadi penderma organ.

Media Baharu