fb fb fb fb fb

Jumlah pengundi di Perak meningkat lebih 11 peratus- SPR

IPOH, 26 Ogos- Jumlah pengundi di Perak meningkat lebih 11 peratus, dengan pertambahan 112,000 pengundi baharu muda. Ini susulan pendaftaran automatik Undi 18.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Mohd Nazri Ismail berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah pengundi berdaftar ketika ini seramai 2.1 juta orang.

Jelasnya kira-kira 100 hingga 120 pengundi baru didaftarkan setiap hari di negeri itu.


(Foto hiasan)

"Dalam tempoh sebulan lebih kurang 3,000 tambahan untuk yang baharu, yang lama sebelum ini telah dimasukkan. Ini bermakna dari segi pertambahan setiap bulan, kita buat setiap bulan dalam 3,000. Jadi dari 112,000 ini kita harap mereka ni diberi peluang kali pertama mengundi",katanya selepas menyampaikan taklimat pilihan raya kepada petugas RTM Perak di Ipoh.

"Gunakanlah peluang yang telah diberikan, mereka mempunyai hak dan tanggungjawab. Terpulang kepada mereka hendak guna atau tidak.

"Bagi saya di peringkat SPR negeri Perak, kita galakkan mereka keluar untuk bersama-sama mendemokrasikanpilihan raya negara", katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan 39,000 petugas telah bersedia menghadapi pilihanraya umum ke-15 yang akan diadakan kelak.

Sehingga kini, pihaknya telah turun padang ke hampir 24 parlimen untuk sesi taklimat dan penerangan.

Media Baharu