fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir yang berada di PPS Terengganu dan Kelantan, terus catat peningkatan

KUALA LUMPUR, 26 Februari - Jumlah penduduk terjejas banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan, terus mencatatkan peningkatan.

Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 2,225 berbanding 1,968, pukul 12 tengah malam tadi dan telah dipindahkan ke 51 PPS.

18 PPS dibuka di Kemaman, 7 di Setiu, masing-masing 11 di Hulu Terengganu dan Besut serta 4 di Dungun

Angkatan Pertahanan Awam juga turut membantu proses Pemindahan 19 pesakit COVID-19 ke PPS khas di Sekolah kebangsaan Menerong, Hulu Terengganu.

(Situasi keadaan banjir di Kelantan/BERNAMA)

Di Kelantan pula 20 PPS telah dibuka.

Penduduk terjejas banjir di Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli pagi ini meningkat kepada 835 orang daripada 232 keluarga, berbanding 400 orang daripada 113 keluarga pada pukul 9 malam tadi.

 

Media Baharu