fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu berkurangan

KUALA TERENGGANU, 14 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu berkurangan selepas beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup secara berperingkat.

Kini hanya tinggal 69 penduduk daripada 22 keluarga di tiga PPS, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Menerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sebahagian penduduk telah pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut berikutan keadaan cuaca bertambah baik.

Masing-masing satu PPS dibuka di daerah Kuala Terengganu, Besut dan Setiu.

Jumlah penduduk terjejas di daerah Kuala Terengganu, seramai 55 orang daripada 18 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol.


(Foto BERNAMA)

Daerah Besut pula seramai 12 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Pantai.

Dua orang daripada satu keluarga di daerah Setiu di PPS Surau Kampung Nyatoh.

Media Baharu