fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat

FOTO FAIL

IPOH, 9 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus bertambah kepada 507 orang berbanding 500 orang setakat pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Chikus di daerah Hilir Perak terus menerima pertambahan penduduk terjejas banjir, menjadikan 44 orang berbanding 34 orang sebelum ini. 

"Bagaimanapun di PPS Serbaguna Padang Tembak jumlah penduduk terjejas masih kekal sama iaitu 165 orang, diikuti PPS Dewan MPTI 147 orang. 

"Manakala di daerah Kerian, PPS SK Changkat Lobak 97 orang dan PPS SK Alor Pongsu 57 orang," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF